Skip to main content

Kenangan Terakhir Sebuah Pelajaran Kehidupan


“Cikgu, terima kasih cikgu. Sekarang ni saya dah faham apa tu nombor positif dan negatif. Baru saya tau mcm mana nak buat.” Itulah maklum balasnya buat pertama kali kaki ini melangkah keluar usai sesi pembelajaran setelah dua bulan bercuti selepas bersalin. Terkejut dan terharu sebenarnya sebab dia keluar tergesa-gesa untuk ucapkan terima kasih atas izin Allah diberikan kefahaman. Silibus baru dan bab Interger di bab yang pertama, sudah menjadi kebiasaan bab ini mencabar untuk pelajar faham perkara yang paling asas berkaitan dengannya. Tambahan lagi, pengetahuan asasnya sangat penting agar bab-bab seterusnya dapat difahami dengan baik.

“Cikgu, saya last belajar di sekolah rendah, bahagi pun dah lupa cikgu, pecahan pun saya tak belajar cikgu.” Luahnya lagi dalam nada kerisauan.

“Tidak mengapa. InsyaAllah awak terus belajar dan cikgu percaya awak boleh buat yang terbaik sebab cikgu pernah jumpa pelajar yang dapat cemerlang dalam Matematik.”

Sehinggalah sebelum peperiksaan akhir tahun yang lalu, dia bersama rakan-rakan yang lain datang berjumpa untuk bertanya soalan. Usaha ini sejujurnya bukan mudah diterapkan dalam kalangan pelajar. Matematik ini perlu didorong untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah, tidak boleh semuanya disuap.
Di akhir pertemuan, dengan yakinnya dia menyebut, “Cikgu, saya nanti nak jadi cikgu Matematik. Betul ini cikgu saya nak jadi cikgu Matematik.”

Allahu Akbar, betapa hati seorang guru tersentuh kerana ia bukan mudah untuk mempunyai jiwa seperti itu kerana kebiasaannya mereka yang mengambil aliran ini lebih terarah kepada aliran agama.

Itulah dia, seorang anak murid bernama Haziq Arif (dua dari kanan dalam gambar) yang kali terakhir dapat bersua sebelum melambai melangkah keluar telah meninggalkan bekas yang cukup mendalam buat diri ini dan doa diiringi buat dirimu.Terima kasih kerana memberi pelajaran kehidupan yang bermakna.

Bersama dengan rakan-rakannya yang cikgu menyaksikan kegigihan kalian...Amir Hakimi, Muhammad Sufi, Aiman dan beberpa lagi yang cikgu minta maaf kerana tidak ingat semua nama kamu. Almaklum 50 orang sekelas! Minta maaf juga atas kekurangan dalam mengajar kalian.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.”

(Surah al-Anbiya’:87)

وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ

Dan berdoalah: Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Yang memberi tempat".
(Surah al- mu’ minun: 29)

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَاد

“Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Qs. Al-Mukminun : 44).


#sayangidirisendiri
#noattentionseeker
#Allahuyasyakur

Comments

Popular posts from this blog

Lukisan Darjah 3 yang masih dalam simpanan

Ini lukisan masa darjah 3 dlm kelas Pendidikan Seni. Cikgunya pun saya masih ingat, Cikgu Nurliyana bt Ab Kamal.. Semalam saya  memuatnaik lukisan doodle , ada beberapa yang pm, tak usah teruja sangat hihi. Sebab saya tiru je dari buku doodle dan saja terus lukis, macam lukisan darjah 3 ni, saya tiru dari buku teks Bahasa Melayu tajuk berkaitan dengan Hari Kebangsaan. Lukisan ni memang sekadar hobi, sekali sekala mmg boleh leka nak buat yang terbaik. Cuma, masa tu terhad, jadi saya tidaklah mengasah kemahiran melukis saya. Pernah pelajar tanya saya, masa SPM tak ambil subjek Pendidikan Seni ke? Sebab ambil sains stream, dah cukup berat nak bawak.. hehe.. ——————————————- لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Surah al-Anbiya’:87) وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ Dan berdoalah: Ya T...

Sebening Lakaran Hati

Di Hari Jumaat yang barakah, indah dan tenang sungguh hari yang dipanggil Sayyidul Ayyam ini. Kerap kali hati mudah terusik di pagi yang sungguh indah ini. Ketenangan dan nyaman sekali rasanya. Biarpun hari-hari sebelum ini mengundang hati yang keruh, namun hari yang mulia ini diusahakan juga agar hati menjadi bening. Suatu ketika dahulu, kira-kira dalam setahun yang lepas atau sebelumnya lagi, diri ini sering tertunggu-tunggu hadirnya hari yang penuh barakah ini setelah beberapa kali mendengar tazkirah dan membaca kelebihan hari Jumaat ini. Mengapa ya? Allah sahaja Yang Maha Tahu rahsia sebenar setiap ciptaan dan ketentuanNya. Pada hari yang sama, namun waktu yang berbeza-beza, pasti diri tidak putus-putus berdoa dengan penuh pengharapan agar doa termakbul. Sangat menanti saat diijabahkan. Setiap kali itu, hati akan menjadi sungguh bening sekali. Betapa kerdilnya diri dan Maha Hebat Allah atas ketentuanNya. Bagai merasai rahmat Allah setiap kali apa yang dihajatkan, Al...

K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N

Nota Hati  16 Jamadil Akhir 1435H K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N Sejak akhir-akhir ini banyak khabar kematian sampai ke pengetahuanku. Benar, memang sedih jika terkenang, orang yang disayangi sudah tiada di sisi, malah meninggalkan kita di bumi ini buat selama-lamanya. Ada yang kehilangan sahabat perjuangan, saudara terdekat, adik tersayang, ibu tercinta dan juga isteri tercinta. Pasti semuanya menggamit memori, rasa mereka sangat dekat di hati. Pernah beberapa kali, diri ini melontarkan pertanyaan kepada suami tercinta. Tidak ingat sudah berapa kali aku bertanya, yang pasti pada masa berbeza. Pertanyaanku disambut oleh suami tercinta dengan mimik muka yang sedih. Pernah sekali itu, kelihatan matanya bergenang. Bukan sengaja melontar pertanyaan sedemikian, tetapi cuba menyelami perasaan dia dan aku jika kami kehilangan antara satu sama lain atas takdirNya. Sudah cukupkah bekal untuk akhirat? Sudah selesaikah tanggungjawab terhadap keluarga dan agama? Atau sekurang-kur...