“Cikgu, terima kasih cikgu. Sekarang ni saya dah faham apa tu nombor positif dan negatif. Baru saya tau mcm mana nak buat.” Itulah maklum balasnya buat pertama kali kaki ini melangkah keluar usai sesi pembelajaran setelah dua bulan bercuti selepas bersalin. Terkejut dan terharu sebenarnya sebab dia keluar tergesa-gesa untuk ucapkan terima kasih atas izin Allah diberikan kefahaman. Silibus baru dan bab Interger di bab yang pertama, sudah menjadi kebiasaan bab ini mencabar untuk pelajar faham perkara yang paling asas berkaitan dengannya. Tambahan lagi, pengetahuan asasnya sangat penting agar bab-bab seterusnya dapat difahami dengan baik. “Cikgu, saya last belajar di sekolah rendah, bahagi pun dah lupa cikgu, pecahan pun saya tak belajar cikgu.” Luahnya lagi dalam nada kerisauan. “Tidak mengapa. InsyaAllah awak terus belajar dan cikgu percaya awak boleh buat yang terbaik sebab cikgu pernah jumpa pelajar yang dapat cemerlang dalam Matematik.” Sehinggalah sebelum peperiksaan akhir ...
“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”