Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Santai Kehidupan

Allahu Rauf yang mentakdirkan yang TERBAIK buat hambaNya 4 Rejab 1435 H 4 Mei 2014 Nota Hati Sesekali berbual santai tentang kehidupan dan masa depan bersama sahabat-sahabat. Pasti ada terbit cadangan atau pandangan daripada mulut mereka tentang kehendak mahu bermastautin di bandar seperti di kawasan sekitar Lembah Klang. Mereka yang pernah belajar di sana mahupun biasa dengan kawasan tersebut, pasti faham maksud saya. Tambah pula, jika mereka punya pengalaman bukan hanya belajar, malahbekerja di situ sebelum berkahwin. Terus menyimpan cita-cita untuk membina keluarga dan kerjaya di situ. Bukan tidak cintakan kampung halaman, tetapi dek kerana sudah jatuh cinta dengan budaya ilmu dan fasiliti sekitar yang memberi manfaat kepada hidup yang semakin mencabar, menyebabkan keinginan itu menjadi suatu impian yang mahu direalisasikan. Budaya ilmunya, laluan 'bergerak kerja' sudah tersedia, kemudahan untuk capai maklumat dengan segera, persekitarannya memberangsan...