Sahabat itu kiriman Allah yang amat berharga dan bernilai. Ternyata kerinduan itu sering menghambat jiwa saban hari apabila mengenangkan saat suka dan duka dalam menempuh pelbagai cabaran semasa berorganisasi dan berprogram. Bukan hanyat saat itu, malah kehidupan seluruhnya, dan banyak mencorak peribadi yang lebih baik daripada sebelumya. Terkenang saat bersama menghadiri majlis ilmu di surau, masjid dan di mana jua, berusaha bersama untuk hadir. Rindu saat itu, sehingga terlupa lelah dan letih seharian. Bersama bangun untuk solat malam, berqiamulail berjemaah di masjid dan usaha bangun seawal mungkin supaya tidak terlepas. Di bulan Ramadhan adalah saat yang paling dirindui dan diingati apabila kita bersama berbuka bersama, satu talam, kadang-kadang di masjid, kadang-kadang di rumah sahaja, bahkan kadang-kadang di majlis berbuka puasa yang diadakan. Begitu juga solat tarawih berjemaah, bertukar-tukar imam kerana berkunjung masjid yang berlainan di kebanyakan malam. Terasa ha...
“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”