Nota Hati 16 Jamadil Akhir 1435H K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N Sejak akhir-akhir ini banyak khabar kematian sampai ke pengetahuanku. Benar, memang sedih jika terkenang, orang yang disayangi sudah tiada di sisi, malah meninggalkan kita di bumi ini buat selama-lamanya. Ada yang kehilangan sahabat perjuangan, saudara terdekat, adik tersayang, ibu tercinta dan juga isteri tercinta. Pasti semuanya menggamit memori, rasa mereka sangat dekat di hati. Pernah beberapa kali, diri ini melontarkan pertanyaan kepada suami tercinta. Tidak ingat sudah berapa kali aku bertanya, yang pasti pada masa berbeza. Pertanyaanku disambut oleh suami tercinta dengan mimik muka yang sedih. Pernah sekali itu, kelihatan matanya bergenang. Bukan sengaja melontar pertanyaan sedemikian, tetapi cuba menyelami perasaan dia dan aku jika kami kehilangan antara satu sama lain atas takdirNya. Sudah cukupkah bekal untuk akhirat? Sudah selesaikah tanggungjawab terhadap keluarga dan agama? Atau sekurang-kur...
“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”