Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh besar nikmatnya, andai lalai disedarkan, andai lupa diingatkan, andai sukar dibantunya, andai jahil ditunjuk ajarnya, andai gelisah ditenangkannya, andai bermasalah didengar dan diberi penyelesa ian. Ternyata saranan supaya bersama dengan orang-orang soleh bukan hanya nikmat yang perlu disyukuri malah ia terkandung RAHMAT ALLAH di dalamnya. Apabila redha Allah yang diutamakan, perkara yang sulit dimudahkan atas keberkatan ikhlasnya diri mereka kepada Allah sehingga diberi jalan keluar olehNya. Sungguhpun tidak tercapai dek akal barangkali, namun nikmat yang disyukuri, rahmat yang mengalir dan keberkatan yang dikurniakan mampu mengundang petunjuk ILAHI dan melembutkan hati yang keras...Allahu Rabbi... Sehinggakan andai diberi ujian oleh Allah s.w.t, apabila dikelilingi oleh orang yang soleh, biarpun punya kekusutan di fikiran mahupun di hati, namun keberkatan dariNya sentiasa diilhamkan kepada mereka jalan penyelesaian yang baik...
“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”