Skip to main content

Sebening Lakaran Hati




Di Hari Jumaat yang barakah, indah dan tenang sungguh hari yang dipanggil Sayyidul Ayyam ini. Kerap kali hati mudah terusik di pagi yang sungguh indah ini. Ketenangan dan nyaman sekali rasanya. Biarpun hari-hari sebelum ini mengundang hati yang keruh, namun hari yang mulia ini diusahakan juga agar hati menjadi bening.

Suatu ketika dahulu, kira-kira dalam setahun yang lepas atau sebelumnya lagi, diri ini sering tertunggu-tunggu hadirnya hari yang penuh barakah ini setelah beberapa kali mendengar tazkirah dan membaca kelebihan hari Jumaat ini. Mengapa ya? Allah sahaja Yang Maha Tahu rahsia sebenar setiap ciptaan dan ketentuanNya. Pada hari yang sama, namun waktu yang berbeza-beza, pasti diri tidak putus-putus berdoa dengan penuh pengharapan agar doa termakbul. Sangat menanti saat diijabahkan. Setiap kali itu, hati akan menjadi sungguh bening sekali. Betapa kerdilnya diri dan Maha Hebat Allah atas ketentuanNya.

Bagai merasai rahmat Allah setiap kali apa yang dihajatkan, Allah makbulkan…Alhamdulillah…rahmat Allah tidak putus-putus. Ingin benar merasai hati dan jiwa itu sekali lagi, malah berkali-kali.




Begitulah kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap hambaNya, mengabdikan diri kepada Yang Khaliq, memohon rahmat dan belas kasihanNya dalam setiap inci kehidupan. Hati akan merasa puas saat segala ibadah kepadaNya dapat dilakukan semampu mungkin. Sungguhpun masih ada cacat di sana sini, hanya dengan rahmatNya agar ibadah itu diterima olehNya.
  
Ada benarnya kata-kata ini, yang saya petik daripada status seorang penulis Indonesia, Darwis Tere Liye ;

“Menikah, itu bukan akhir kisah cinta, tapi adalah awal kehidupan cinta yang lebih besar, lebih banyak masalah, dan lebih menuntut semua persiapan--bukan sekadar cinta.”



Setiap impian yang dahulunya kita mahu capai, dan apa jua perkara yang kita memasang cita-cita untuk menggapainya, tidaklah semudah seperti apa yang kita baca dan dengar daripada pelbagai sumber. Namun, ia menuntut seribu satu perasaan untuk menghadapinya, mujahadah yang tinggi, keazaman dan doa yang tidak pernah putus. Ujian dan cabaran yang Allah hadirkan dalam hidup kita berbeza-beza dan kadang ia terasa terlalu berat berbanding orang lain, kadang ia terasa tidaklah seberat orang lain. Apa pun jua, teruslah berusaha dan luruskan niat seiring dengan usaha ke arahnya. Jika menangis dan ketawa punya keperluan untuk mencapainya, laluilah dengan penuh ketenangan dan keyakinan bahawa semuanya adalah ketentuan takdir yang terbaik buat kita…Allahu Rabbi…

Akhiru Kalam, berdoalah buat diri ini yang naïf yang sentiasa hajatkan doa kalian.




Comments

Popular posts from this blog

Lukisan Darjah 3 yang masih dalam simpanan

Ini lukisan masa darjah 3 dlm kelas Pendidikan Seni. Cikgunya pun saya masih ingat, Cikgu Nurliyana bt Ab Kamal.. Semalam saya  memuatnaik lukisan doodle , ada beberapa yang pm, tak usah teruja sangat hihi. Sebab saya tiru je dari buku doodle dan saja terus lukis, macam lukisan darjah 3 ni, saya tiru dari buku teks Bahasa Melayu tajuk berkaitan dengan Hari Kebangsaan. Lukisan ni memang sekadar hobi, sekali sekala mmg boleh leka nak buat yang terbaik. Cuma, masa tu terhad, jadi saya tidaklah mengasah kemahiran melukis saya. Pernah pelajar tanya saya, masa SPM tak ambil subjek Pendidikan Seni ke? Sebab ambil sains stream, dah cukup berat nak bawak.. hehe.. ——————————————- لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Surah al-Anbiya’:87) وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ Dan berdoalah: Ya T...

K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N

Nota Hati  16 Jamadil Akhir 1435H K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N Sejak akhir-akhir ini banyak khabar kematian sampai ke pengetahuanku. Benar, memang sedih jika terkenang, orang yang disayangi sudah tiada di sisi, malah meninggalkan kita di bumi ini buat selama-lamanya. Ada yang kehilangan sahabat perjuangan, saudara terdekat, adik tersayang, ibu tercinta dan juga isteri tercinta. Pasti semuanya menggamit memori, rasa mereka sangat dekat di hati. Pernah beberapa kali, diri ini melontarkan pertanyaan kepada suami tercinta. Tidak ingat sudah berapa kali aku bertanya, yang pasti pada masa berbeza. Pertanyaanku disambut oleh suami tercinta dengan mimik muka yang sedih. Pernah sekali itu, kelihatan matanya bergenang. Bukan sengaja melontar pertanyaan sedemikian, tetapi cuba menyelami perasaan dia dan aku jika kami kehilangan antara satu sama lain atas takdirNya. Sudah cukupkah bekal untuk akhirat? Sudah selesaikah tanggungjawab terhadap keluarga dan agama? Atau sekurang-kur...