Ini lukisan ketika di tingkatan 2, dalam kelas Pendidikan Seni, tahun terakhir belajar secara formal berkaitan dengan subjek ini. Saya masih ingat guru yg mengajar saya, cikgu Asma. Tidak ingat di tingkatan 3 masih ada lagi ke tidak subjek ini.
Waktu ini, diberitahu tema poster HARI KEBANGSAAN , dan siapa yg hantar akan dipertandingkan peringkat sekolah dan yg menang akan dapat hadiah.
Waktu itu, bersemangat mencari idea, teringat lukisan ketika darjah 3 tu, sebab tu lukisan bangunan Sultan Ab Samad tu ada juga🤭.
Bersemangat menyiapkan, macam biasa leka hingga lewat malam nak mewarna. Kali ini, campur sedikit dgn beberapa ilmu cikgu ajar, berkaitan dengan ton warna, huruf blok dan masa ini berani sikit gunakan warna air kaedah catan.
Bila tiba masa diumumkan siapa yg menang, lukisan ini digangung di tiang-tiang sepanjang susur gajah iaitu tempat laluan pelajar dan guru.
Berdebar-debar mencari lukisan sendiri, Alhamdulillah ada rupanya tergantung. Cuma, tidak tertera dapat kedudukan ke berapa, tempat pertama kah, kedua atau saguhati.
Tidak mengapalah, tetapi di dalam hati mengharap😜.. itulah manusia.
Sampailah hari perhimpunan mingguan yang akan disampaikan hadiah kepada mereka yang menang dalam lukisan poster.
Ada perbualan beberapa pelajar yg turut menang dan berbual sesama mereka sehingga terasa tercabar. Semasa beratur dan berkumpul sebelum dipanggil nama pemenang, salah seorang yg menang bercakap dgn beberapa kawan mereka,
‘Eh, aku rasa kau lah dpt no 1, wah hebatlah kau.’ Siti (bkn nama sebenar) cakap kepada kawannya Uyul (bkn nama sebenar).
“Ye ea aku, haha, power gak aku.”balas Uyul
“Mestilah kau, haha..” balas Siti dan kawan-kawannya.
“Eh, kau menang jugak ea?
Tahniah ah.. agaknya sapa dpt no 1?”, jawab Uyul lagi.
“Eh, entahlah.. tak tau .. huhu.” Jawab saya pura-pura tak dengar perbualan mereka.
Akhirnya ketika diumumkan untuk ambil hadiah, Uyul dipanggil dahulu kerana dapat tempat ke-tiga. Lalu, barulah nama saya dipanggil untuk menerima hadiah tempat pertama. Sengih sampai ke teling🤓. Tetapi saya dah tak ingat dah hadiahnya apa.
Gembira bukan kepalang, berbaloi tidur malam untuk menyiapkan walaupun sebenarnya nampak biasa-biasa sahaja lukisan itu. Malah saya rasa, ramai lagi yang berbakat berbanding saya, tingkatan 3 sahaja ada lebih kurang 8@9 kelas, mungkin tak ramai yang hantar penyertaan, itu yang mungkin kemenangan itu berpihak ke atas saya.. cewah🤭
Seingat saya selepas itu, saya pernah masuk pertandingan melukis poster berkaitan dengan dadah, anjuran PEMADAM tak silap, itu pun sebab cikgu minta turut serta. Seingatnya mcm saya dapat hadiah saguhati, tak ingat dah rupa posternya.
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.”
(Surah al-Anbiya’:87)
وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ
Dan berdoalah: Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Yang memberi tempat".
(Surah al- mu’ minun: 29)
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَاد
“Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Qs. Al-Mukminun : 44).
#sayangidirisendiri
#noattentionseeker
#Allahuyasyakur

Comments
Post a Comment