Nabi S.A.W pernah berdoa dengan menyebut : "Ya Allah, aku mohon rasa REDHA atas segala KETETAPANMU." (hadith sahih diriwayatkan oleh Nasaie dan Hakim dan disepakati oleh Adz-Zahabi) Ada Hadis qudsi yakni Allah berfirman maksudnya:- "Jika engkau REDHA dengan apa yang telah Aku tentukan pembahagiannya kepadamu wahai manusia, Aku akan MERINGANKAN badanmu, Aku akan MENENANGKAN FIKIRAN atau emosimu dan disisiku engkau adalah HAMBA yang TERPUJI. Tapi jika apabila engkau TIDAK REDHA dengan apa yang telah Aku tentukan pembahagiannya kepadamu, maka aku akan penatkan badanmu, aku akan runsingkan fikiranmu, dan disisiku engkau adalah HAMBA yang TERCELA." (Dipetik daripada slot Usrati, Ustazah Norhafizah Musa)
“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”