Skip to main content

Bersama Mereka yang Soleh

Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh besar nikmatnya, andai lalai disedarkan, andai lupa diingatkan, andai sukar dibantunya, andai jahil ditunjuk ajarnya, andai gelisah ditenangkannya, andai bermasalah didengar dan diberi penyelesaian. Ternyata saranan supaya bersama dengan orang-orang soleh bukan hanya nikmat yang perlu disyukuri malah ia terkandung RAHMAT ALLAH di dalamnya.

Apabila redha Allah yang diutamakan, perkara yang sulit dimudahkan atas keberkatan ikhlasnya diri mereka kepada Allah sehingga diberi jalan keluar olehNya. Sungguhpun tidak tercapai dek akal barangkali, namun nikmat yang disyukuri, rahmat yang mengalir dan keberkatan yang dikurniakan mampu mengundang petunjuk ILAHI dan melembutkan hati yang keras...Allahu Rabbi...



Sehinggakan andai diberi ujian oleh Allah s.w.t, apabila dikelilingi oleh orang yang soleh, biarpun punya kekusutan di fikiran mahupun di hati, namun keberkatan dariNya sentiasa diilhamkan kepada mereka jalan penyelesaian yang baik dan tepat.

---------------------------
Berkata seorang ulama, Ibrahim al- Khawas RA:

"Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut, yang pertama, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya, yang kedua berpuasa, yang ketiga bangun (beribadat) pada waktu malam, keempat menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam, dan kelimanya SENTIASA BERSAMA-SAMA DI MAJLIS ORANG-ORANG SOLEH."

-----------------------------

~"Ya Allah, peliharalah diri kami sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang soleh di dunia mahupun di akhirat." Ameen



Akhiru kalam, ingin berkongsi petikan kata-kata yang saya ambil daripada laman sesawang,

Duduklah bersama orang-orang soleh. Membaca ayat-ayat Allah, merenungi petunjuk Rasulullah atau hanya sekadar bertatap muka. Itulah kebiasaan para salafussoleh dahulu. Mereka gemar ber-mujalasah atau duduk-duduk bersama orang soleh yang mampu mententeramkan hati. Ahmad bin Abi Al Hawari Ad Damsyiqi, salah seorang tokoh generasi Tabi’in, biasa duduk-duduk dan berdekatan bersama orang-orang soleh saat dia merasakan kekesatan hati. “jika engkau merasakan kekesatan dalam hatimu, maka duduklah dengan orang-orang yang berzikir dan orang-orang zuhud.” Begitu katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Lukisan Darjah 3 yang masih dalam simpanan

Ini lukisan masa darjah 3 dlm kelas Pendidikan Seni. Cikgunya pun saya masih ingat, Cikgu Nurliyana bt Ab Kamal.. Semalam saya  memuatnaik lukisan doodle , ada beberapa yang pm, tak usah teruja sangat hihi. Sebab saya tiru je dari buku doodle dan saja terus lukis, macam lukisan darjah 3 ni, saya tiru dari buku teks Bahasa Melayu tajuk berkaitan dengan Hari Kebangsaan. Lukisan ni memang sekadar hobi, sekali sekala mmg boleh leka nak buat yang terbaik. Cuma, masa tu terhad, jadi saya tidaklah mengasah kemahiran melukis saya. Pernah pelajar tanya saya, masa SPM tak ambil subjek Pendidikan Seni ke? Sebab ambil sains stream, dah cukup berat nak bawak.. hehe.. ——————————————- لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Surah al-Anbiya’:87) وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ Dan berdoalah: Ya T...

Sebening Lakaran Hati

Di Hari Jumaat yang barakah, indah dan tenang sungguh hari yang dipanggil Sayyidul Ayyam ini. Kerap kali hati mudah terusik di pagi yang sungguh indah ini. Ketenangan dan nyaman sekali rasanya. Biarpun hari-hari sebelum ini mengundang hati yang keruh, namun hari yang mulia ini diusahakan juga agar hati menjadi bening. Suatu ketika dahulu, kira-kira dalam setahun yang lepas atau sebelumnya lagi, diri ini sering tertunggu-tunggu hadirnya hari yang penuh barakah ini setelah beberapa kali mendengar tazkirah dan membaca kelebihan hari Jumaat ini. Mengapa ya? Allah sahaja Yang Maha Tahu rahsia sebenar setiap ciptaan dan ketentuanNya. Pada hari yang sama, namun waktu yang berbeza-beza, pasti diri tidak putus-putus berdoa dengan penuh pengharapan agar doa termakbul. Sangat menanti saat diijabahkan. Setiap kali itu, hati akan menjadi sungguh bening sekali. Betapa kerdilnya diri dan Maha Hebat Allah atas ketentuanNya. Bagai merasai rahmat Allah setiap kali apa yang dihajatkan, Al...

K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N

Nota Hati  16 Jamadil Akhir 1435H K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N Sejak akhir-akhir ini banyak khabar kematian sampai ke pengetahuanku. Benar, memang sedih jika terkenang, orang yang disayangi sudah tiada di sisi, malah meninggalkan kita di bumi ini buat selama-lamanya. Ada yang kehilangan sahabat perjuangan, saudara terdekat, adik tersayang, ibu tercinta dan juga isteri tercinta. Pasti semuanya menggamit memori, rasa mereka sangat dekat di hati. Pernah beberapa kali, diri ini melontarkan pertanyaan kepada suami tercinta. Tidak ingat sudah berapa kali aku bertanya, yang pasti pada masa berbeza. Pertanyaanku disambut oleh suami tercinta dengan mimik muka yang sedih. Pernah sekali itu, kelihatan matanya bergenang. Bukan sengaja melontar pertanyaan sedemikian, tetapi cuba menyelami perasaan dia dan aku jika kami kehilangan antara satu sama lain atas takdirNya. Sudah cukupkah bekal untuk akhirat? Sudah selesaikah tanggungjawab terhadap keluarga dan agama? Atau sekurang-kur...