Skip to main content

Santai Kehidupan

Allahu Rauf yang mentakdirkan yang TERBAIK buat hambaNya
4 Rejab 1435 H
4 Mei 2014

Nota Hati

Sesekali berbual santai tentang kehidupan dan masa depan bersama sahabat-sahabat. Pasti ada terbit cadangan atau pandangan daripada mulut mereka tentang kehendak mahu bermastautin di bandar seperti di kawasan sekitar Lembah Klang. Mereka yang pernah belajar di sana mahupun biasa dengan kawasan tersebut, pasti faham maksud saya.



Tambah pula, jika mereka punya pengalaman bukan hanya belajar, malahbekerja di situ sebelum berkahwin. Terus menyimpan cita-cita untuk membina keluarga dan kerjaya di situ. Bukan tidak cintakan kampung halaman, tetapi dek kerana sudah jatuh cinta dengan budaya ilmu dan fasiliti sekitar yang memberi manfaat kepada hidup yang semakin mencabar, menyebabkan keinginan itu menjadi suatu impian yang mahu direalisasikan.

Budaya ilmunya, laluan 'bergerak kerja' sudah tersedia, kemudahan untuk capai maklumat dengan segera, persekitarannya memberangsangkan bagi tumbesaran anak-anak, pilihan pendidikan anak-anak yang pelbagai. Dan lain-lain lagi.

Mungkin bagi saya, fikiran lebih tertumpu pada Bandar Baru Bangi sebab di situ saya belajar, bekerja dan memulakan kehidupan. Mungkin bagi anda pula, tempat yang berhampiran dengan pusat pengajian anda dahulu.Tipulah jika saya tidak cemburu melihat pelbagai program ilmu dan konvensyen yang diadakan, pesta buku yang dianjurkan dan banyak lagi, dan bertambah cemburu apabila saya tidak dapat turut serta. Hee...

Namun, takdir Allah itu yang TERBAIK buat hambaNya. Biarpun kita diminta menulis skrip hidup kita sendiri, dan kita menulis apa yang kita mahu dan ingin capai. Tentu kita masih tidak tahu adakah skrip hidup kita itu adalah TERBAIK buat kita, malah kita tidak mungkin mampu menulis sedetailnya untuk kita lalui. Apa yang mampu adalah kita memasang IMPIAN dan CITA-CITA dan cuba mencapai VISION BOARD kita itu dengan usaha dan tawakkal kepada Allah. 


MAHA BAIK ALLAH mentakdirkan yang TERBAIK buat hambaNya.




Comments

Popular posts from this blog

Lukisan Darjah 3 yang masih dalam simpanan

Ini lukisan masa darjah 3 dlm kelas Pendidikan Seni. Cikgunya pun saya masih ingat, Cikgu Nurliyana bt Ab Kamal.. Semalam saya  memuatnaik lukisan doodle , ada beberapa yang pm, tak usah teruja sangat hihi. Sebab saya tiru je dari buku doodle dan saja terus lukis, macam lukisan darjah 3 ni, saya tiru dari buku teks Bahasa Melayu tajuk berkaitan dengan Hari Kebangsaan. Lukisan ni memang sekadar hobi, sekali sekala mmg boleh leka nak buat yang terbaik. Cuma, masa tu terhad, jadi saya tidaklah mengasah kemahiran melukis saya. Pernah pelajar tanya saya, masa SPM tak ambil subjek Pendidikan Seni ke? Sebab ambil sains stream, dah cukup berat nak bawak.. hehe.. ——————————————- لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Surah al-Anbiya’:87) وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ Dan berdoalah: Ya T...

Sebening Lakaran Hati

Di Hari Jumaat yang barakah, indah dan tenang sungguh hari yang dipanggil Sayyidul Ayyam ini. Kerap kali hati mudah terusik di pagi yang sungguh indah ini. Ketenangan dan nyaman sekali rasanya. Biarpun hari-hari sebelum ini mengundang hati yang keruh, namun hari yang mulia ini diusahakan juga agar hati menjadi bening. Suatu ketika dahulu, kira-kira dalam setahun yang lepas atau sebelumnya lagi, diri ini sering tertunggu-tunggu hadirnya hari yang penuh barakah ini setelah beberapa kali mendengar tazkirah dan membaca kelebihan hari Jumaat ini. Mengapa ya? Allah sahaja Yang Maha Tahu rahsia sebenar setiap ciptaan dan ketentuanNya. Pada hari yang sama, namun waktu yang berbeza-beza, pasti diri tidak putus-putus berdoa dengan penuh pengharapan agar doa termakbul. Sangat menanti saat diijabahkan. Setiap kali itu, hati akan menjadi sungguh bening sekali. Betapa kerdilnya diri dan Maha Hebat Allah atas ketentuanNya. Bagai merasai rahmat Allah setiap kali apa yang dihajatkan, Al...

K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N

Nota Hati  16 Jamadil Akhir 1435H K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N Sejak akhir-akhir ini banyak khabar kematian sampai ke pengetahuanku. Benar, memang sedih jika terkenang, orang yang disayangi sudah tiada di sisi, malah meninggalkan kita di bumi ini buat selama-lamanya. Ada yang kehilangan sahabat perjuangan, saudara terdekat, adik tersayang, ibu tercinta dan juga isteri tercinta. Pasti semuanya menggamit memori, rasa mereka sangat dekat di hati. Pernah beberapa kali, diri ini melontarkan pertanyaan kepada suami tercinta. Tidak ingat sudah berapa kali aku bertanya, yang pasti pada masa berbeza. Pertanyaanku disambut oleh suami tercinta dengan mimik muka yang sedih. Pernah sekali itu, kelihatan matanya bergenang. Bukan sengaja melontar pertanyaan sedemikian, tetapi cuba menyelami perasaan dia dan aku jika kami kehilangan antara satu sama lain atas takdirNya. Sudah cukupkah bekal untuk akhirat? Sudah selesaikah tanggungjawab terhadap keluarga dan agama? Atau sekurang-kur...