Skip to main content

SENTUHAN KASIH DARI-NYA







                Bicara malam ini dimulakan dengan petikan daripada buku Sirah Nabawiyah karangan Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan Al Buthy, alih bahasa (penerjemah): Aunur Rafiq Shaleh, terbitan Robbani Press.

                               Setelah Rasulullah saw sampai di kebun milik ‘Utbah bin Rabi’ah kaum penjahat dan para budak yang mengejarnya berhenti dan kembali. Tetapi tanpa diketahui ternyata beliau sedang diperhatikan oleh dua orang anak Rabi’ah yang sedang berada di dalam kebun. Setelah merasa tenang di bawah naungan pohon anggur itu, Rasulullah saw mengangkat kepalanya seraya mengucapkan doa berikut :

            “Ya, Allah kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku kurangnya kesanggupanku, dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Dzat Yang Maha Pengasih ladi Maha Penyayang. Engkaulah Pelindung bagi si lemah dan Engkau jualah pelindungku! Kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan? Kepada orang jauh yang berwajah suram terhadapku, ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku ? Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka semua itu tak kuhiraukan, karena sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung pada sinar cahaya wajah-Mu, yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akherat dari murka-Mu yang hendak Engkau turunkan dan mempersalahkan diriku. Engkau berkenan. Sungguh tiada daya dan kekuatan apa pun selain atas perkenan-Mu.“

                       Berikut adalah ringkasan daripada merujuk kitab terjemahan ar-Rahiq al-Makhtum yang diterbit oleh YADIM.

       Nabi telah dihambat sejauh 3 batu dari Ta’if sehinggalah Nabi masuk ke kebun `Utbah dan Shaybah yang merupakan 2 beradik anak lelaki Rabi`ah.  Di kebun itu, Nabi duduk di bawah pohon kurma untuk menenangkan diri.  Lalu Baginda pun berdoa kepada ALLAH:

             “Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu lemahnya aku ini, serta kurangnya daya upayaku serta hinanya aku di kalangan manusia.  Wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani, ENGKAU adalah TUHAN orang-orang yang lemah, ENGKAU adalah TUHANku, kepada siapa ENGKAU serahkan aku ini?  Adakah kepada orang jauh yang mencari kesempatan menyerangku?  Atau adakah kepada musuh yang ENGKAU serahkan urusanku kepadanya?  Jika ENGKAU tidak memurkaiku, maka aku tidak akan mempedulikannya, akan tetapi kesejahteraan daripada-MU adalah lebih luas untukku.  Aku berlindung dengan cahaya wajah-MU yang menerangi segala kegelapan serta menyebabkan urusan dunia dan akhirat ini menjadi baik, agar janganlah kemurkaan-MU menimpa kepadaku atau ENGKAU menjadi murka kepadaku.  Bagi-MU keredhaan sehingga ENGKAU benar-benar meredhainya, tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan-MU jua.”

                 Malam yang sungguh menyentuh hati ini dikala jiwa dihambat sayu dan sunyi akibat kekosongan daripada mutiara-mutiara ilmu untuk penuhinya.

                  Sapaan rindu dan hanyut dalam ibadah kepadaNya benar-benar membuatkan diri ini turun naik imannya. Dikala diri ini merasa terlalu sedikit kebaikan yang ku lakukan, terisi juga jiwa pada malam ini selepas Allah izinkan untuk hadiri majlis ilmu di Surau Annur yang telah disampaikan oleh Ustaz Farhan K Hisham (semoga Allah merahmatinya), tanpa disedari malam ini sudah 27 Rejab 1433H. Pantas masa berlalu, dan amatlah rugi mereka yang membuang masa, Ya Allah jauhkanlah diri ini daripada sifat ini. Jauhkan Ya Allah. Kedua-dua petikan di awal bicara malam ini, aku petik pengajaran dan sesungguhnya amat menyentuh hati dan jiwa di kala ini.

      Saat Rasulullah saw dilanda kesedihan dalam dakwahnya, doanya dengan penuh penyerahan kepada Allah sangat luar biasa. Penyerahan bulat kepada Khaliq yang agung. Setelah merasai kehilangan dua insan yang dicintai baginda dan yang banyak membantunya dalam usaha dakwahnya iaitu bapa saudara Baginda, Abu Talib dan tentunya isteri yang sangat dicintainya, Siti Khadijah. Baginda terus melangkah untuk menjalankan usaha dakwah baginda, namun tidak diterima oleh penduduk Taif lalu baginda membawa dirinya yang dalam kesedihan itu ke kebun Utbah bin Rabi’ah lalu berdoa dengan penuh insaf sekali...muhasabah diri yang cukup dalam.

      Mengapakah diri ini lalai saat masa yang begitu luas Allah berikan? betapa tersentuhnya diri ini yang terlalu banyak alpanya daripada melakukan amal kebaikan. Beberapa hari ini, menyemak dan cuba membaca dengan mendalam mengenai tajuk ‘Tawakkal’ daripada buku Penyucian Hati oleh Ustaz Amru Khalid. Allahu Akbar, perbaikilah amalan ini.

ALLAH S.W.T PUN ‘CEMBURU’

  Di sisi lain, Allah ‘cemburu’ pada hati manusia. Apakah ertinya? Allah s.w.t mencintai kalau hati seorang hamba berkait dengan-Nya sendirian ketika dia sedang dalam keadaan taat. Kadangkala hamba itu disibukkan oleh urusan dunia, maka Allah s.w.t mengambil dunianya tersebut agar dia hanya disibukkan oleh Allah s.w.t saja dan bertawakkal pada-Nya. Lihatlah Ibrahim a.s saat tetarik pada Ismail a.s, Allah s.w.t mengambil Ismail dari tangganya. Dia memerintahkan padanya untuk menyembelih Ismail a.s. Ketika dia meletakkan pisau di leher Ismail, yang ada di hatinya hanyalah kecintaan kepada Allah swt.
    
Lihatlah ketika Yaakub a.s sangat tertarik pada Yusof a.s. sehingga kecintaan terhadap Yusof a.s selama 20 tahun, sehingga hatinya kembali dipenuhi cinta kepada Allah. Setelah itu, Dia pun mengembalikan Yusof padanya.


      Allahu Rabbi, cinta dan kasih sayangNya amat luas, kerdilnya diri sebagai hamba untuk mengukurnya.

Comments

Popular posts from this blog

Lukisan Darjah 3 yang masih dalam simpanan

Ini lukisan masa darjah 3 dlm kelas Pendidikan Seni. Cikgunya pun saya masih ingat, Cikgu Nurliyana bt Ab Kamal.. Semalam saya  memuatnaik lukisan doodle , ada beberapa yang pm, tak usah teruja sangat hihi. Sebab saya tiru je dari buku doodle dan saja terus lukis, macam lukisan darjah 3 ni, saya tiru dari buku teks Bahasa Melayu tajuk berkaitan dengan Hari Kebangsaan. Lukisan ni memang sekadar hobi, sekali sekala mmg boleh leka nak buat yang terbaik. Cuma, masa tu terhad, jadi saya tidaklah mengasah kemahiran melukis saya. Pernah pelajar tanya saya, masa SPM tak ambil subjek Pendidikan Seni ke? Sebab ambil sains stream, dah cukup berat nak bawak.. hehe.. ——————————————- لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Surah al-Anbiya’:87) وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ Dan berdoalah: Ya T...

Sebening Lakaran Hati

Di Hari Jumaat yang barakah, indah dan tenang sungguh hari yang dipanggil Sayyidul Ayyam ini. Kerap kali hati mudah terusik di pagi yang sungguh indah ini. Ketenangan dan nyaman sekali rasanya. Biarpun hari-hari sebelum ini mengundang hati yang keruh, namun hari yang mulia ini diusahakan juga agar hati menjadi bening. Suatu ketika dahulu, kira-kira dalam setahun yang lepas atau sebelumnya lagi, diri ini sering tertunggu-tunggu hadirnya hari yang penuh barakah ini setelah beberapa kali mendengar tazkirah dan membaca kelebihan hari Jumaat ini. Mengapa ya? Allah sahaja Yang Maha Tahu rahsia sebenar setiap ciptaan dan ketentuanNya. Pada hari yang sama, namun waktu yang berbeza-beza, pasti diri tidak putus-putus berdoa dengan penuh pengharapan agar doa termakbul. Sangat menanti saat diijabahkan. Setiap kali itu, hati akan menjadi sungguh bening sekali. Betapa kerdilnya diri dan Maha Hebat Allah atas ketentuanNya. Bagai merasai rahmat Allah setiap kali apa yang dihajatkan, Al...

K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N

Nota Hati  16 Jamadil Akhir 1435H K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N Sejak akhir-akhir ini banyak khabar kematian sampai ke pengetahuanku. Benar, memang sedih jika terkenang, orang yang disayangi sudah tiada di sisi, malah meninggalkan kita di bumi ini buat selama-lamanya. Ada yang kehilangan sahabat perjuangan, saudara terdekat, adik tersayang, ibu tercinta dan juga isteri tercinta. Pasti semuanya menggamit memori, rasa mereka sangat dekat di hati. Pernah beberapa kali, diri ini melontarkan pertanyaan kepada suami tercinta. Tidak ingat sudah berapa kali aku bertanya, yang pasti pada masa berbeza. Pertanyaanku disambut oleh suami tercinta dengan mimik muka yang sedih. Pernah sekali itu, kelihatan matanya bergenang. Bukan sengaja melontar pertanyaan sedemikian, tetapi cuba menyelami perasaan dia dan aku jika kami kehilangan antara satu sama lain atas takdirNya. Sudah cukupkah bekal untuk akhirat? Sudah selesaikah tanggungjawab terhadap keluarga dan agama? Atau sekurang-kur...