Skip to main content

Posts

Kenangan Terakhir Sebuah Pelajaran Kehidupan

“Cikgu, terima kasih cikgu. Sekarang ni saya dah faham apa tu nombor positif dan negatif. Baru saya tau mcm mana nak buat.” Itulah maklum balasnya buat pertama kali kaki ini melangkah keluar usai sesi pembelajaran setelah dua bulan bercuti selepas bersalin. Terkejut dan terharu sebenarnya sebab dia keluar tergesa-gesa untuk ucapkan terima kasih atas izin Allah diberikan kefahaman. Silibus baru dan bab Interger di bab yang pertama, sudah menjadi kebiasaan bab ini mencabar untuk pelajar faham perkara yang paling asas berkaitan dengannya. Tambahan lagi, pengetahuan asasnya sangat penting agar bab-bab seterusnya dapat difahami dengan baik. “Cikgu, saya last belajar di sekolah rendah, bahagi pun dah lupa cikgu, pecahan pun saya tak belajar cikgu.” Luahnya lagi dalam nada kerisauan. “Tidak mengapa. InsyaAllah awak terus belajar dan cikgu percaya awak boleh buat yang terbaik sebab cikgu pernah jumpa pelajar yang dapat cemerlang dalam Matematik.” Sehinggalah sebelum peperiksaan akhir
Recent posts

Kenangan Lukisan ketika di Sekolah Menengah pula

Ini lukisan ketika di tingkatan 2, dalam kelas Pendidikan Seni, tahun terakhir belajar secara formal berkaitan dengan subjek ini. Saya masih ingat guru yg mengajar saya, cikgu Asma. Tidak ingat di tingkatan 3 masih ada lagi ke tidak subjek ini. Waktu ini, diberitahu tema poster HARI KEBANGSAAN , dan siapa yg hantar akan dipertandingkan peringkat sekolah dan yg menang akan dapat hadiah. Waktu itu, bersemangat mencari idea, teringat lukisan ketika darjah 3 tu, sebab tu lukisan bangunan Sultan Ab Samad tu ada juga🤭. Bersemangat menyiapkan, macam biasa leka hingga lewat malam nak mewarna. Kali ini, campur sedikit dgn beberapa ilmu cikgu ajar, berkaitan dengan ton warna, huruf blok  dan masa ini berani sikit gunakan warna air kaedah catan. Bila tiba masa diumumkan siapa yg menang, lukisan ini digangung di tiang-tiang sepanjang susur gajah iaitu tempat laluan pelajar dan guru. Berdebar-debar mencari lukisan sendiri, Alhamdulillah ada rupanya tergantung. Cuma, tidak tertera dapa

Lukisan Darjah 3 yang masih dalam simpanan

Ini lukisan masa darjah 3 dlm kelas Pendidikan Seni. Cikgunya pun saya masih ingat, Cikgu Nurliyana bt Ab Kamal.. Semalam saya  memuatnaik lukisan doodle , ada beberapa yang pm, tak usah teruja sangat hihi. Sebab saya tiru je dari buku doodle dan saja terus lukis, macam lukisan darjah 3 ni, saya tiru dari buku teks Bahasa Melayu tajuk berkaitan dengan Hari Kebangsaan. Lukisan ni memang sekadar hobi, sekali sekala mmg boleh leka nak buat yang terbaik. Cuma, masa tu terhad, jadi saya tidaklah mengasah kemahiran melukis saya. Pernah pelajar tanya saya, masa SPM tak ambil subjek Pendidikan Seni ke? Sebab ambil sains stream, dah cukup berat nak bawak.. hehe.. ——————————————- لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim.” (Surah al-Anbiya’:87) وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ Dan berdoalah: Ya Tuhan

Santai Kehidupan

Allahu Rauf yang mentakdirkan yang TERBAIK buat hambaNya 4 Rejab 1435 H 4 Mei 2014 Nota Hati Sesekali berbual santai tentang kehidupan dan masa depan bersama sahabat-sahabat. Pasti ada terbit cadangan atau pandangan daripada mulut mereka tentang kehendak mahu bermastautin di bandar seperti di kawasan sekitar Lembah Klang. Mereka yang pernah belajar di sana mahupun biasa dengan kawasan tersebut, pasti faham maksud saya. Tambah pula, jika mereka punya pengalaman bukan hanya belajar, malahbekerja di situ sebelum berkahwin. Terus menyimpan cita-cita untuk membina keluarga dan kerjaya di situ. Bukan tidak cintakan kampung halaman, tetapi dek kerana sudah jatuh cinta dengan budaya ilmu dan fasiliti sekitar yang memberi manfaat kepada hidup yang semakin mencabar, menyebabkan keinginan itu menjadi suatu impian yang mahu direalisasikan. Budaya ilmunya, laluan 'bergerak kerja' sudah tersedia, kemudahan untuk capai maklumat dengan segera, persekitarannya memberangsan

K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N

Nota Hati  16 Jamadil Akhir 1435H K.E.M.A.T.I.A.N itu satu P.E.R.I.N.G.A.T.A.N Sejak akhir-akhir ini banyak khabar kematian sampai ke pengetahuanku. Benar, memang sedih jika terkenang, orang yang disayangi sudah tiada di sisi, malah meninggalkan kita di bumi ini buat selama-lamanya. Ada yang kehilangan sahabat perjuangan, saudara terdekat, adik tersayang, ibu tercinta dan juga isteri tercinta. Pasti semuanya menggamit memori, rasa mereka sangat dekat di hati. Pernah beberapa kali, diri ini melontarkan pertanyaan kepada suami tercinta. Tidak ingat sudah berapa kali aku bertanya, yang pasti pada masa berbeza. Pertanyaanku disambut oleh suami tercinta dengan mimik muka yang sedih. Pernah sekali itu, kelihatan matanya bergenang. Bukan sengaja melontar pertanyaan sedemikian, tetapi cuba menyelami perasaan dia dan aku jika kami kehilangan antara satu sama lain atas takdirNya. Sudah cukupkah bekal untuk akhirat? Sudah selesaikah tanggungjawab terhadap keluarga dan agama? Atau sekurang-kurangn

Bersama Mereka yang Soleh

Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh besar nikmatnya, andai lalai disedarkan, andai lupa diingatkan, andai sukar dibantunya, andai jahil ditunjuk ajarnya, andai gelisah ditenangkannya, andai bermasalah didengar dan diberi penyelesa ian. Ternyata saranan supaya bersama dengan orang-orang soleh bukan hanya nikmat yang perlu disyukuri malah ia terkandung RAHMAT ALLAH di dalamnya. Apabila redha Allah yang diutamakan, perkara yang sulit dimudahkan atas keberkatan ikhlasnya diri mereka kepada Allah sehingga diberi jalan keluar olehNya. Sungguhpun tidak tercapai dek akal barangkali, namun nikmat yang disyukuri, rahmat yang mengalir dan keberkatan yang dikurniakan mampu mengundang petunjuk ILAHI dan melembutkan hati yang keras...Allahu Rabbi... Sehinggakan andai diberi ujian oleh Allah s.w.t, apabila dikelilingi oleh orang yang soleh, biarpun punya kekusutan di fikiran mahupun di hati, namun keberkatan dariNya sentiasa diilhamkan kepada mereka jalan penyelesaian yang baik

Sebening Lakaran Hati

Di Hari Jumaat yang barakah, indah dan tenang sungguh hari yang dipanggil Sayyidul Ayyam ini. Kerap kali hati mudah terusik di pagi yang sungguh indah ini. Ketenangan dan nyaman sekali rasanya. Biarpun hari-hari sebelum ini mengundang hati yang keruh, namun hari yang mulia ini diusahakan juga agar hati menjadi bening. Suatu ketika dahulu, kira-kira dalam setahun yang lepas atau sebelumnya lagi, diri ini sering tertunggu-tunggu hadirnya hari yang penuh barakah ini setelah beberapa kali mendengar tazkirah dan membaca kelebihan hari Jumaat ini. Mengapa ya? Allah sahaja Yang Maha Tahu rahsia sebenar setiap ciptaan dan ketentuanNya. Pada hari yang sama, namun waktu yang berbeza-beza, pasti diri tidak putus-putus berdoa dengan penuh pengharapan agar doa termakbul. Sangat menanti saat diijabahkan. Setiap kali itu, hati akan menjadi sungguh bening sekali. Betapa kerdilnya diri dan Maha Hebat Allah atas ketentuanNya. Bagai merasai rahmat Allah setiap kali apa yang dihajatkan, Al